Siapakah Orang Yang Sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan solatnya seolah-olah sibuknya dia seperti mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.Realitinya ramai yang macam ni bila disuruh sembahnyang.Macam-macam alasan yang tak munasabah keluar.Sampaikan alasan "saya tak sembahyang sebab uzur"....padahal lelaki...menipu tak kena gaya.
Siapakah Orang Yang Manis Senyumannya?
Orang yang manis senyumannya ialah orang yang bila ditimpa musibah atau bencana dia tersenyum dan berkata "Innalillahi wainna illaihi rajiun,aku redha Ya-Allah akan semua ketentuan dari Mu"
Realitinya ramai pulak yang menyalahkan takdir.Kononnya dunia ni tak adil...Tuhan tak adil pada dia dan macam2 lagi la ayat-ayat dan perkataan yang tak sepatutnya keluar.Padahal ujian yang datang dari Allah tu bersebab....Dan bukan suka-suki je Allah datangkan dugaan...pasti ada hikmah tersembunyi.
Siapakah Orang Yang Kaya?
Orang yang mensyukuri apa yang ada dan tidak lupa apa yang dimiliki hanyalah pinjaman dan sementara.
Realitinya ramai yang tamak haloba.Tak pernah cukup dengan apa yang dia ada.Rumah dah sama gedabak macam gudang,duit berkepuk-kepuk,kereta bersepah-sepah tapi masih nak sapu apa saja yang boleh disapu....Heran kan????
Siapakah Orang Yang Miskin?
Orang yang tidak puas dengan apa yang dimiliki dan hanya memikirkan tentang harta dunia yang sementara.
Realitinya samalah dengan yang kat atas tu.Bezanya...yang kat atas tu banyak berlawanan...tapi yang ini memang realiti kebanyakkan manusia macam tu.Rasanya kita pun sekali termasuk tak dalam geng-geng ni?Siapakah Orang Yang Rugi?
Orang yang usia sudah pertengahan namun masih berat untuk melakukan amal ibadat dan membuat kebaikan.
Realitinya satu lagi penyakit manusia.Memang ramai,tak caya teropong kat kedai nombor ekor.Siap berbaris lagi tu tunggu turn.Kalau muda belia boleh accept lagi,ni dah sampai level pakai tongkat...pun ada jugak yang beratur.Tu belum kisah yang selalu kuar Metro tu...belasah cucu sendiri la...anak sendiri la...Mungkin depa ni ingat umur depa ni tahan sampai kiamat kot.
Siapakah Orang Yang Cantik?
Orang yang cantik ialah yang baik budi bahasa dan akhlaknya.
Sememangnya itulah realitinya.Rupa lawa macam Jue Aziz ke,Maya Karin ke tapi kalau perangai sampai setan pun surrender.....seposen pun orang tak ingin nak beli.
Siapakah Orang Yang Mempunyai Rumah Lapang?
Orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dan kuburnya akan diluaskan dan dilapangkan saujana mata memandang.
Bab ni no komen...cuma sendiri mau ingat,apa yang kita buat selama kita hidup atas donia ni...cukup ke tak ilmu dan amal yang kita ada buat bekal kat sana.Kalau rasa cukup,tahniahlah....kalau rasa tak cukup,Alhamdulillah...sebab masih ada orang yang berpijak dibumi nyata...
Siapakah Orang Yang Kedekut.....?
Orang Yang Kedekut Ialah Orang Yang Tak Belanja HANG-NAWA.....
Kehkehkehkeh.......
No comments:
Post a Comment