Thursday, October 28, 2010

Sembang Handphone : The New Handphone Nokia N8....Gempak Giler

Bulan lepas,tak ingat berapa hb aku dapat sms dari kawan aku yang jugak tokey hp kat Perangin Mall.Dia kata Nokia baru N8 dah ada jual.Kebetulan petang tu semua kerja aku dah abis...so boleh la jalan-jalan sat kat Prangin Mall tu.Kengkadang nak jugak layan kepala...stress sikit la bila ada baby ni....nasib baik masa tu Mahani kat rumah mak mentua aku.
Ni lah dia...Nokia N8...cun tak?First time aku tengok cam best pun ada.Harga dia memula ni dalam RM1700.Kira murah la berbanding dulu.Handphone Sony yang aku gasak ni pun masa memula keluar dulu sampai 2 ribu lebih....masa tu memang aku tak beli la....mana nak cekau duit 2k beli handphone.Sekarang leh la...harga pun dah murah.

Yang best tentang handphone ni kamera dia 12MP.Sebelum ni cuma ada satu je handphone kamera 12MP...Sony Ericsson Satio tu.Tapi handphone tu kengkadang pening-pening lalat jugak.Simpan banyak barang tetiba je jadi jem.Pastu ada 2-3 perkara Satio ni yang lambat.Aku tahan sebab kamera dia je.....

Nokia sebelum ni paling tinggi pun kamera phone dia 8MP...tu pun aku tak ingat model apa.So bila keluar 12MP ni macam teruja la jugak.Pakai OS Symbian 3 lagi.Hmmm...aku kalau hp symbian ni macam malas pun ada.Tak nak ke Nokia keluar model pakai software android.

N8 ni seswai untuk mereka-mereka yang pentingkan kamera phone.Macam aku....sebab tu dari dulu,aku layan SE je sebab semua tahu,SE punya reputation kamera phone mantoop gilosss.Tambah-tambah kalau model C-905 dan K800i dulu.Hehehe....N8 ni jugak boleh tengok 8TV...TV3 dengan NTV7 secara life.nak tengok pakai wifi la...jangan pakai line pulak.Kalau mampu nak bayar bil...belasah je la.

 Berbaloi untuk dibeli pada harga RM1700 aku rasa.Dengan function dia,rasanya ramai yang terliur nak beli...termasuklah aku sekali. Hehehe





No comments:

Post a Comment